July 28, 2011

..:: Syurga Beg Online :) ::..


Masa kecik-kecik dulu aku tak faham kenapa orang pompuan suka sangat handbag. Maksud aku orang pompuan dewasa. Bila dah dewasa ni, baru aku faham kenapa. Handbag merupakan satu aksesori yang sangat penting bagi aku sekarang untuk sumbat segala tok nenek - purse, handphone, alat-alat mekap, perfume, kunci kereta. Orang ada anak lagi la banyak benda nk sumbat kan? :p Botol susu anak, pampers, wet tissue dan macam-macam lagi. 

Mukadimah bukan main, sebenarnya nak bagitau, one of my good friend ada jual handbag "Authentic From US" secara online. :) Tapi blog dia tak terhad jual handbag sahaja, jam tangan pun ada. Sudi-sudikan la menjenguk blog bagsheaven ni ye. Mana tau ada yang berkenan bole buat melaram untuk raya tahun ni. ;)

Contoh-contoh bag yang ada dijual di blog bagsheaven :)

Coach Perforated Mauve Crossbody Satchel

Calvin Klein Tunnel Vision Handbag

Etienne Aigner Logan in Leather

Tommy Hilfiger Plaid Shopper Tote


DKNY Town & Country Signature Dark Brown Hobo

DKNY Chronograph Watch

Coach Poppy Heart Watch

Selamat mencuci mata & selamat bershopping! ;)



July 27, 2011

..:: Redha atau Putus Asa? ::..




Aku tau aku tak cukup berusaha lagi. Banyak lagi perkara/benda yang aku tak buat/lakukan untuk mencapai misi itu. Memang betul sehebat mana pun usaha dan perancangan, tapi kalau tidak diizinkan oleh-Nya untuk berlaku, maka tidak berlaku juga, bukan?

Aku mulai risau kerana separuh dari diri aku, semangatnya sudah agak luntur. Luntur untuk mencuba. Luntur untuk berusaha. Kenapa aku jadi macam ni? Padahal itulah perkara yang paling aku panjatkan doa pada-Nya saban hari. 

Risau dengan keselesaan diri sekarang. Bila datangnya kawan baik setiap bulan, perasaan adalah normal. Tidak seperti suatu waktu dahulu, pasti tumpah air mata. Meratap. Moody.

Tahap redha aku sekarang menakutkan diri sendiri.

Aku sendiri kadang-kadang terfikir. 

Ini REDHA atau PUTUS ASA?

Ya Allah, kuatkan lah semangat aku. Jauhkan la aku dari sifat berputus asa Ya Allah. 

Doa Supaya Dikuatkan Semangat 


Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”

Amin Ya Rabbal Alamin.

Source doa : HERE

..:: Logo Google :) ::..

Aku suka tengok logo Google. Selalu jugak logo asal Google tu bertukar-tukar. Kalau logo tu aku suka, aku akan savekan gambar logo tu. Ni kat bawah antara logo-logo yang aku simpan. :)















July 25, 2011

..:: Yunalis Zarai Sings Kurt Cobain's Song :) ::..




Mrs Bee : Like 1000x! :D

..:: Entry Pukal 1 ::..



Bulan July 2011, dari minggu 1st sampai minggu ke-4 ada je aktiviti. Nak update satu-satu memang tak la. Kecuali trip gi Sabah tu jek. Aku nak update secara pukal. Pukul habis semua aktiviti2 tu. Dasar pemalas lipash. :p

1st week of July 2011

Family besar sebelah bergather-gathering kat Cherating. Seronok berkumpul ramai-ramai. Kami semua stay kat chalet Holiday Villa, Cherating. :)

Chalet @ Holiday Villa, Cherating

Swimming pool mengadap chalet

Aktiviti terjun free style ;p

dapat jumpa ank sedara saya yg dompot! :D si Qisya Azra :)

dan juga sepupu kesayangan + adik kesayangan ;)

penaja utama family gathering..Encet Zali & Makcik Normah :D

Ini budak Mok pun ikut. Sungguh selesa tido atas katil mentang-mentang berair-cond :p


2nd week of July 2011  

Kami bercuti-cuti Malaysia ke Sabah bah! ;)


3rd week of July 2011

Kami ke KL. Sepatutnya pagi tu aku ada kelas belajar membuat cheese tart tapi cancel atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Kebetulan family aku pun turun KL time tu, makanya aku melepak bersama family saja. Encet lebah ada aktiviti dia sendiri. Petang dia pegi tengok Liverpool vs Malaysia kat Stadium Bukit Jalil dgn member dia. Malam dia ada futsal dengan budak-budak Semesta. Aku melepak kat hotel je melayan si Wany. Kebetulan tak berapa sihat. Rest2 sajala di hotel.

Encet lebah was here watching Malaysia vs Liverpool. This picture was taken by him 
using his handphone :)

4th week of July 2011

Anie ada company trip g Singapore. So datang bertandang ke rumah hamba petang Sabtu buat pertama kalinya. Aku jemput Pied datang juga bersama Afieq dan adik Pied, Kak Teh. Lama dah tak jumpa diorang semua. Buat makan-makan skit. Lepak-lepak berpenyakit mulut. Petang pukul 6 Pied balik. Pukul 7 aku hantar Anie balik ke hotel The Zon tempat officemate dia semua stay malam tu. 

Aku masak soto untuk diorang :)

Anie, Pied, Afieq & Kak Teh..kat depan umah aku pun jadik bergambar hehe

Hari Ahad, aku ada kelas mengajar buat coklat untuk kali ke-5 tahun ni bersama Puan Jijie dari Gelang Patah. Kelas start pukul 11 a.m lebih dan setel lebih kurang pukul 6 p.m lebih. :) 

Puan Jijie bersama hasil homemade coklatnya semalam :)

5th week of July 2011?

This coming weekend, insyaAllah kawan lama dari Jasin nak datang bertandang ke rumah :)

Mrs Bee : Eh minggu depan dah masuk bulan Ramadhan dah kan. Cepatnya masa berlalu.

July 22, 2011

Sabah Bah! ;) - Part III


Jeti Pulau Gaya..see kiri kanan? Jauh menapak tu nak ke laut dari pondok :p

Lepas berenang2 di Pulau Manukan, kami gerak2 khas ke Pulau Gaya pulak. Sampai2 kat pulau tu, suasana adalah agak creepy bg aku. -___-" Nampak mcm xde orang je? Tapi sedapkn hati, mebi tempat ni mmg kurang org datang. Takpela, at least kami berempat kononnya bole la conquer tempat ni. Hehe. 

Pasir2 kiri kanan jeti yang peliks..nape jadi gini eh?

Pemandangan dari hujung jeti ke arah laut 

Boring snorkeling, jalan-jalan amik gambar sana sini

Arca ikan

Peta pulau-pulau berdekatan

Aktiviti sama macam kat Pulau Manukan tadi, sarung attire nk snorkel, jalan kaki ke pantai dari pondok tempat letak barang-barang. Bole tahan bas jauh. Seperti yg aku jangka, coralnya pun sama boleh kata semuanya mati, ikan tak banyak macam pulau tadi. -___-" sad. So sad. Tapi layankan je berenang2. Katanya dah bayar. Pastu naik, mandi tukar baju. Seb baik ada facilities bilik air yg ok. 

Wawa + Along :)

Mr + Mrs Bee :)

Janji ngan orang boat, tunggu kat jeti pukul 4 p.m. Tapi, kami tunggu sampai pukul 5 p.m. Tak sampai2. Rupa-rupanya, orang boat tu pegi tunggu kami kat Pulau Gaya satu lagi. Demit. Pulau Gaya yang kami datang ni sebenarnya lebih kepada untuk orang nk diving. Huhuhu. Patut la takde orang! Sengal jugak orang kaunter dan boat tu. Patutnya bagitau la kami, Pulau Gaya ada dua. Satu untuk diving satu untuk snorkeling. Nak marah pun tak guna dah. Dah lepas dah pun. But still, frust. +___+

Wawa merajuk tunggu boat hehe

Then sampai kat jeti, kami kelaparan tahap gaban. So terus heading to pasar malam kat tepi/belakang Pasar Filipina. Macam2 makanan ada jual kat situ. Kami makan nasik panas berlaukkan seafood bakar. Ikan merah bakar, sotong bakar, udang bakar (semua cicah air asam + sambal belacan) dan berulamkan seaweed. Pastu basuh tekak ngn air kelapa. Perghh. Layan gila makan. Ni teringat ni pun rasa nk meleleh ayaq liur. 

seafood bakar, macam2 ada - ikan, sotong, udang, pari :)

sea weed yang sedap :) rasa masin2 sikit..makan as ulam :)

udang + sotong bakar

Kuah air asam untuk dicicah2 seafood bakar..sedapp

minum air kelapa ais lepas setel makan mmg sgt melegakan anak tekak

Lepas makan kami jalan2 kat area pasar malam celah2 bangunan berhadapan dengan pasar filipina tu pulak. Orang cakap barang-barang kat pasar malam tu lebih kurang dengan pasar filipina, tapi harganya jauh lebih murah. So kami shopping barang souvenir skit2 kat situ. Basically, pasar malam tu banyak jual barang2 macam brooch, gelang mutiara tak mutiara, kain batik dan baju bundle. Setel beli belah kami pun pulang ke rumah. Rest-rest sebab esok nak pegi jalan2 ke area tempat-tempat sejuk pulak. :)

To be continued. :)

July 20, 2011

Sabah Bah! ;) - Part II



9th July 2011


Hari Sabtu keesokannya, kami dah plan nak ke pulau2. Pulau apa tak decide lagi sbb Sabah ni banyak pulau. Lepas breakfast, kami gerak ke Jesselton Point. Jesselton Point ni jeti untuk ke pulau-pulau sekitar situ. Lepas parking kereta kat parking berbayar, kami masuk satu bangunan ni yang ada banyak kaunter2 yang offer macam2 pakej untuk ke pulau. Along jadi mastermind tawar-menawar dengan orang kat counter tu. Aku tukang sampuk sikit2 + tukang amik gambar jek. ;)

Peta antara pulau-pulau yang ada di Sabah 
( Source : Mr. Google)


Jesselton Point


Proses tawar-menawar sedang berlangsung 


Basically, package yang diorang ni offer depends on berapa pulau yang kita nak pergi. Makin banyak pulau kita nak pegi, makin mahal la kosnya. Kos-kos tambahan tu if kita nak tambah aktiviti..contoh nak naik banana boat, parasailing etc.


List pulau-pulau


Lepas diskusi ngn orang kaunter tu, kami decide nak pergi 2 pulau je - Pulau Manukan + Pulau Gaya. Cost RM27/person. Then kami tambah aktiviti parasailing. Parasailing dia offer RM90/person. Tawar punya tawar dapat RM60/person. Then kami tambah amik accessories, goggle + jacket + fin = RM20.00. So, total cost per person RM107.00 :)


Contoh2 aktiviti yang ada - optional nk yang mana satu, x nak pun xpe..hehe


Life jacket + goggle + fin


Lepas dapat tiket, kami gerak2 pi amik accessories then terus naik boat ke Pulau Manukan dulu. Sampai kt Pulau Manukan, kami tak terus pi snorkeling tapi g parasailing dulu. :D Tak sabar-sabar nk rasa terbang-terbangan cam burung. Hehe. Dah lama teringin nak buat benda alah ni. ;) Aku naik ngn wawa secara berduet. Along ngn encet lebah beraksi solo. :) Perasaan? Best giler! Masa mula2 nak naik tu..aku ngn wawa menjerit2 macam orang gilak..haha..x pasti seronok sgt atau takut..yang pasti bila dh sampai kat atas..rasa best sangat..dan rasa nak naik lagi nanti!

Arriving @ Manukan Island

View from Manukan Island

me + wawa parasailing berduet ;)

Along beraksi solo :)

Encet lebah juga solo , ditemani rokok di bibir :p

Parasailing ni katanya 15 minutes per person, tapi ikut perkiraan kami, tak sampai 10 minit pun :p Setel berparasailing, kami heading to Pulau Manukan semula untuk aktiviti snorkeling pulak. Sad to say, coral-coral kat pulau tu tak berapa cantik dan banyak yang mati. Ikan pun tak banyak mana. Nak banding coral + ikan2 di Pulau Redang dan Krabi yg aku pegi tahun lepas, sangat berbeza. Frankly said, aku agak kecewa. -__-" Dah la ada sign kt situ, tak bole bagi makan ikan. 

Kat dalam ni kena bayar entrance fee RM3 kat kaunter dia kalau x silap aku. Aritu along ke wawa yang bayarkan dulu so aku x berapa ingat brapa RM

No fish feeding please -___-

Lepas lebih kurang sejam lebih lepak kat Pulau Manukan, kami bergerak ke next pulau, Pulau Gaya yang tak berapa nk ber'gaya'. Kenapa tak ber'gaya'? Nanti aku cerita in next post. 

Pulau Gaya

To be continued. :)

 

Mrs. Bee : Book of Life II | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates