July 27, 2011

..:: Redha atau Putus Asa? ::..




Aku tau aku tak cukup berusaha lagi. Banyak lagi perkara/benda yang aku tak buat/lakukan untuk mencapai misi itu. Memang betul sehebat mana pun usaha dan perancangan, tapi kalau tidak diizinkan oleh-Nya untuk berlaku, maka tidak berlaku juga, bukan?

Aku mulai risau kerana separuh dari diri aku, semangatnya sudah agak luntur. Luntur untuk mencuba. Luntur untuk berusaha. Kenapa aku jadi macam ni? Padahal itulah perkara yang paling aku panjatkan doa pada-Nya saban hari. 

Risau dengan keselesaan diri sekarang. Bila datangnya kawan baik setiap bulan, perasaan adalah normal. Tidak seperti suatu waktu dahulu, pasti tumpah air mata. Meratap. Moody.

Tahap redha aku sekarang menakutkan diri sendiri.

Aku sendiri kadang-kadang terfikir. 

Ini REDHA atau PUTUS ASA?

Ya Allah, kuatkan lah semangat aku. Jauhkan la aku dari sifat berputus asa Ya Allah. 

Doa Supaya Dikuatkan Semangat 


Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”

Amin Ya Rabbal Alamin.

Source doa : HERE

9 comments:

jijiepi said...

rezeki akan dtg juga..Insyaallah....

Mrs. Bee said...

Aminn..Thanks Jie :)

mawarbiru said...

phm sgt sbb kita melalui perkara yg sama. tu bukan redha @ putus asa,tp lebih kepada memujuk hati.
insya Allah,rezeki utk kita pasti ada..

Mrs. Bee said...

Terima kasih mawarbiru :) Noma pun harap itu bukan perasaan sebab putus asa..

Amin amin amin..InsyaAllah.. :)

nadzirah said...

Redha ialah apabila kita percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya..bersangka baik padaNya..
"Mungkin Allah belum mengizinkan lagi kerana Dia tahu aku perlu laksanakan tanggungjawab pada keluargaku dulu.."
"Mungkin Allah belum izinkan kerana dalam keadaan sekarang aku perlu kukuhkan kewangan keluargaku dulu.."
"mungkin Allah belum izinkan kerana memberiku masa untuk benar-benar mengenali dan memberi sepenuh perhatian pada suamiku.."
Apabila redha, hati kita tenang..itu bezanya dengan putus asa :)

FiZaSyAmImAn 190200 said...

sbr yer..ada rezekinyer nt..mana tahu nt sekali dpt kembar 3 ker..senyummmm...

..:Sab:.. said...

Bukan putus asa. Tapi redha. redha itu perlu. :)
setuju dengan Nadzirah.

Mrs. Bee said...

Ira :
Ira,insaf aku baca ayat-ayat ko tu :(

Aku akan berusaha lagi, takkan putus asa dn dlm masa yang sama redha. Semoga aku akan ikut jejak ko satu hari nanti. Amin.

Thanks a lot my friend :)

Fiza :
Alhamdulillah kalau dpt kembar 3 Fiza ;) Tutup kilang terus lepas tu..hihi..thanks for the words :)

Sab :
Setuju jugak, redha itu mmg perlu.

Kalau tak redha, nanti jadi orang yg x percaya pada qada & qadar Allah pulak..huhu..

Mintak dijauhkan. :)

:: wawahuda :: said...

why babe??
bersabar yek..
dlm situasi diri aku ni pon
kdg ade putus asa ade redha gak...

huhuhuhu

 

Mrs. Bee : Book of Life II | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates