July 20, 2011

Sabah Bah! ;) - Part I



Bulan 8 taun 2010, Along & Wawa planning nak bercuti-cuti Malaysia ke Sabah. Diorang nk beli tiket flight Air Asia online sebab masa tu tengah ada promotion. Aku & encet lebah sama sebok nak ikut. Tiket RM30/person (exclude tax), sapa tak nak? :D Walaupun tiket tu untuk flight bulan 7 taun 2011, gamble je la. Sebab tiket murah kan. :)

8th July 2011


Flight kami ke Kota Kinabalu, Sabah hari Jumaat, 8th July 2011 pukul 7.50 a.m. Jadi kami gerak dari JB pukul 1230 tgh malam menuju ke rumah Along & Wawa kt Taman Equine, Puchong. Sampai puchong pukul 430 a.m. Tinggal keta kat area umah diorang, then naik keta Along menuju ke Putrajaya Central. Parking keta Along kt situ, naik pulak ERL ke Stesen Salak Tinggi. Dari Salak Tinggi naik shuttle bus ke LCCT. 

view inside ERL - passenger tak berapa nak ada sebab masa ni pukul 5 pagi :p

Encet lebah :)

Along + Wawa the bus conductor dalam shuttle bus dari Salak Tinggi - LCCT 

Sampai ke LCCT, terus pegi check-in. Then pecahlaju (baca : breakfast) nasik lemak + kopi o dalam LCCT tu. Senang nanti dalam flight tak lapar sebab perjalanan dari LCCT tu ke Kota Kinabalu, Sabah lebih kurang 2 jam 30 minit. 

Kami sampai di Kota Kinabalu International Airport (T2) yang khas untuk penumpang2 Air Asia jek pukul 10.30 a.m. My sister in law, Iju amik kami dan bawak pergi lunch. Iju ni dah lebih 5 tahun duk kat Sabah, kerja with Petronas Sabah. Iju bawak kami makan nasi daun pisang. Kedai ala-ala mamak, tapi sangat bersih kedainya. Lauknya pun sedap. :)

Yang pakai spek tu my sister in law Iju yang baik hati sponsor transportation + shelter :)

My lunch that day :)

Peria goreng. Pernah makan? Sedap! Tak pahit langsung. Rasa macam keropok :p

Lepas makan, kami anta Iju balik ke tempat dia tgh kursus, then dia bagi kami pinjam kereta dia. Terus g jalan2 ke Pasar Kraftangan or nama glamour Pasar Filipina kat area town KK. Jalan-jalan cuci mata je dulu. Usha2 barang apa nak dibeli nanti. Macam-macam jenis kraftangan ada jual kt situ. Gelang mutiara, brooch, keychain, beg batik, t-shirt, barang2 kraftangan berasaskan siput dn mcm2 lagi la. Yang pasti mata agak rambang. Hehe..Then kami jalan2 ke arah UMS (Universiti Malaysia Sabah) sebab nak tengok shopping mall One Borneo. One of my colleague yang selalu pergi Sabah ckp, shopping mall tu best + besar. So, kami lalu la nk tengok. Lalu je la..tak masuk pun. :p

Encet lebah depan Pasar Kraftangan Kota Kinabalu :)

Rumah Iju @ Cyber City

Then petang kami balik rumah Iju. Rumah Iju kat area Cyber City, cantik rumah apartment kt situ. Warna cat bangunan dia aku suka. :) Malam kami main masak-masak. Iju dh ada belikan udang sabah yang besar2 sizenya. Wat masak lemak cili api. Along masak sotong celup tepung. Aku masak sayur kailan goreng biasa2. Lepas makan kami rest-rest saja. Simpan tenaga sebab esoknya nak pergi pulau. :) 

Part II - To be continued :)

2 comments:

:: wawahuda :: said...

correction please...taman equine seri kembangan yek..blom smp puchong lagik...

time kasih daun keladi..

Mrs. Bee said...

Haha..geografi fail la aku ni :p bole slama ni aku ingt umh korang area puchong?haha..

ingt umh ko, ingt kembangan paradise..;)

 

Mrs. Bee : Book of Life II | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates