July 22, 2011

Sabah Bah! ;) - Part III


Jeti Pulau Gaya..see kiri kanan? Jauh menapak tu nak ke laut dari pondok :p

Lepas berenang2 di Pulau Manukan, kami gerak2 khas ke Pulau Gaya pulak. Sampai2 kat pulau tu, suasana adalah agak creepy bg aku. -___-" Nampak mcm xde orang je? Tapi sedapkn hati, mebi tempat ni mmg kurang org datang. Takpela, at least kami berempat kononnya bole la conquer tempat ni. Hehe. 

Pasir2 kiri kanan jeti yang peliks..nape jadi gini eh?

Pemandangan dari hujung jeti ke arah laut 

Boring snorkeling, jalan-jalan amik gambar sana sini

Arca ikan

Peta pulau-pulau berdekatan

Aktiviti sama macam kat Pulau Manukan tadi, sarung attire nk snorkel, jalan kaki ke pantai dari pondok tempat letak barang-barang. Bole tahan bas jauh. Seperti yg aku jangka, coralnya pun sama boleh kata semuanya mati, ikan tak banyak macam pulau tadi. -___-" sad. So sad. Tapi layankan je berenang2. Katanya dah bayar. Pastu naik, mandi tukar baju. Seb baik ada facilities bilik air yg ok. 

Wawa + Along :)

Mr + Mrs Bee :)

Janji ngan orang boat, tunggu kat jeti pukul 4 p.m. Tapi, kami tunggu sampai pukul 5 p.m. Tak sampai2. Rupa-rupanya, orang boat tu pegi tunggu kami kat Pulau Gaya satu lagi. Demit. Pulau Gaya yang kami datang ni sebenarnya lebih kepada untuk orang nk diving. Huhuhu. Patut la takde orang! Sengal jugak orang kaunter dan boat tu. Patutnya bagitau la kami, Pulau Gaya ada dua. Satu untuk diving satu untuk snorkeling. Nak marah pun tak guna dah. Dah lepas dah pun. But still, frust. +___+

Wawa merajuk tunggu boat hehe

Then sampai kat jeti, kami kelaparan tahap gaban. So terus heading to pasar malam kat tepi/belakang Pasar Filipina. Macam2 makanan ada jual kat situ. Kami makan nasik panas berlaukkan seafood bakar. Ikan merah bakar, sotong bakar, udang bakar (semua cicah air asam + sambal belacan) dan berulamkan seaweed. Pastu basuh tekak ngn air kelapa. Perghh. Layan gila makan. Ni teringat ni pun rasa nk meleleh ayaq liur. 

seafood bakar, macam2 ada - ikan, sotong, udang, pari :)

sea weed yang sedap :) rasa masin2 sikit..makan as ulam :)

udang + sotong bakar

Kuah air asam untuk dicicah2 seafood bakar..sedapp

minum air kelapa ais lepas setel makan mmg sgt melegakan anak tekak

Lepas makan kami jalan2 kat area pasar malam celah2 bangunan berhadapan dengan pasar filipina tu pulak. Orang cakap barang-barang kat pasar malam tu lebih kurang dengan pasar filipina, tapi harganya jauh lebih murah. So kami shopping barang souvenir skit2 kat situ. Basically, pasar malam tu banyak jual barang2 macam brooch, gelang mutiara tak mutiara, kain batik dan baju bundle. Setel beli belah kami pun pulang ke rumah. Rest-rest sebab esok nak pegi jalan2 ke area tempat-tempat sejuk pulak. :)

To be continued. :)

2 comments:

..:Sab:.. said...

dalam byk2 gambo, tgk air asam jadi berair dalam mulut ni... nak air asam tuuu...

Mrs. Bee said...

Air asam tu mmg sedap sab..Hehe jom gi Sabah! ;) Makan seafood bakar!

 

Mrs. Bee : Book of Life II | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates