August 24, 2011

Selamat Hari Lahir Abah :)



Selamat hari lahir yang ke 50 abah. :) Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Amin. 



August 10, 2011

..:: Cat VS Human ::..



Tadi baca blogserius. Ada entry pasal How My Cats See Me. Terus pergi surf blog orang yang lukis tu. Wahh..suka! :D Lukisan dia comel-comel. Pastu seriously, katun-katun dia pasal kucing belaan dia, cerita2nya sangat betul!Haha. Sapa bela kucing mesti agree sama saya! ^_^ 

This is sooo truee..Especially tang scratch post tu -___-"

Haha..ni pun sama..kucing aku si mok suka lepak tepi tingkap ushar burung2 kat luar sambil kadang2 bunyik2 geram macam nk tangkap burung tu :p

Kadang2 time sedih, aku ngadu + nangis kat mok..nantik dia tengok je muka aku pastu datang menepek kat sebelah. Seriously, walaupun kucing tak pandai cakap, tapi dia paham kalau tuan dia sedih :`)

Picture source credit to : www.catversushuman.blogspot.com  



August 9, 2011

..:: Dugaan Bulan Puasa Mungkin ::..


Bulan puasa ni, office aku bagi Muslim staff rehat time lunch hour 1/2 jam saja. Sebab bole balik 1/2 jam awal. Awal pun takde la awal mana pun, pukul 5.30 p.m sebab normal office hour 8.30 a.m - 6.00 p.m. So tadi pukul 1 laju-laju pergi kedai jual bahan-bahan wat kek/coklat kat perling. Capai laju-laju, bayar laju-laju, bawak keta pun laju-laju. Sudahnya, sikit lagi nk bergesel dengan encek lori tadi. T____T  Nak kejar punch pukul 1.30 p.m punye pasal.


Aku bole rasa aku sebenarnya stress. Macam-macam sebab. Sebab tu aku kelam kelibut sekali macamkan kena kejar dengan polis bawak keta. Kat opis ni stress sebab panas. Ekon ni kejap elok kejap tak. Dah banyak kali repair rasanya. Naik boring dah aku tengok orang ekon lalu-lalang tepi aku ni ha. Sejuknya 5 jam, panasnya 5 hari. Hangin. Dah la kena buat keja yang tak sepatutnya kena buat ni. Keja sendiri tak siap lagi, nak buat keja lain. Stress tau tak buat kerja dalam keadaan panas macam dalam oven.

Balik keje pulak, walaupun pukul 5.30 p.m, jalan confirm jam. Stress lagi. 1/2 jam dalam keta, aku still kat tepi opis lagi. Nice. Nak masak? Memang takde maknanya la. Masak megi/air sempat la. -_____-" Nak pegi pasar ramadhan, pun satu hal.Nak cari parking je pun dah berapa punya lama da. Dah dapat parking, dah beli makanan, nak balik pulak, pun jam.  

Stress lagi. -_____-"

Kalau nak diikutkan, banyak lagi benda-benda yang buat aku stress yang kalau aku listkan satu-satu, akan buat aku bertambah stress. Silap-silap orang yang baca pun stress. 

Tahap stress aku skarang ni aku sampai aku rasa nak tinggalkan semua keja-keja ni, tutup pc, balik dan tido sampai waktu berbuka. Serius. 


nak tido lena-lena macam mok ni

P/S : Limit stress dah terlebih. 

August 5, 2011

..:: Penyeri Luar Rumah ::..


Dulu kat umah aku ni pernah ada dua jenis pokok/sayur ditanam kat belakang umah. Pokok cili dengan sayur pucuk manis. Pokok cili tu officemate aku bagi dan sayur pucuk manis tu pulak amik dari rumah mak mertua ke rumah nenek aku eh. Tak ingat la. Tapi yang pasti dua-dua tu ditanam atas tanah. Tanah yang tak berapa nak subur sebab tanah tambak la katakan. Keras semacam. Tapi pokok-pokok tu hidup jugak. 

Pemandangan belakang umah, dengan tembok setinggi lutut (motif tembok renek tiba2?) 
Mok pun bole lompat -__-"


Pokok lada yang sempat la berbuah 5-6 round sebelum mati dicantas secara tak sengaja mesin pemotong rumput. Sadis.

Sayur pucuk manis yang tamat riwayat lepas kena pijak dengan anak member sampai patah. Sobs.

Pokok ketiga ada kat rumah aku sekarang, pokok aloevera. Tu pun mak mertua yang bagi. Kadang-kadang aku rajin aku amik lendir aloevera tu sapu-sapu kat parut. Encet lebah rajin siram bila balik keje. Kali ni biar dalam pasu je la. 

Pokok aloevera @ lidah buaya ihsan my MIL..Segamat mari..hehe

Aku teringin nak tanam pokok bunga banyak-banyak kat rumah. Buat penyeri. Tapi selalu terfikir takut takde masa nak amik kisah. Nanti mati. :p Semalam pergi pasar kejap beli barang-barang basah kat kipmart. Tergerak hati nak beli bunga. So, lepas letak barang-barang dapur dalam kereta, jalan kaki gi nursery. Tak berapa banyak sangat pokok bunga cantik. Tapi ada satu pokok bunga ni, sekali tengok terus rasa nak nak. Hehe. So beli. Hati suka. :)

Bunga kekwa warna pink lembut ~ RM10 sepasu :)

Banyak lagi yang belum kembang. Kalau semua dh kembang mesti meriah :D

Close-up ;)

Let's just wait and see sampai bila agaknya pokok-pokok ni bole survive :p

P/S : Hilangkan tension kena paksa buat taking off, buat entry pasal bunga. Sobs.



August 3, 2011

..:: Missing Her :( ::..

I miss my little sister :`(

A lot! :(

August 2, 2011

Sabah Bah! :) - Part IV - Final Episode! ;)

Hari Ahad, 10 July 2011 kami plan nak berjalan-jalan ke tempat yang sejuk-sejuk. Lepas breakfast nasi kerabu kat satu kedai Iju bawak, kami pun gerak. First destination kami ialah Kinabalu Park. 

Entrance to Taman Kinabalu / Kinabalu Park

Entrance fee to Kinabalu Park

Gunung Kinabalu di belakang itu

lokasi tempat lepak ni antara toilet + entrance nk masuk Kinabalu Park

Actually kami tak sampai betul-betul ke kaki gunung kinabalu pun. Agak kecewa di situ sebab tujuan asal masuk situ sebab nak pergi kaki gunung tu. Ermm tapi sebab kami dah terlajak, malas dah nak pusing semula. Takpe la, dapat tengok gunung kinabalu dari jauh pun ok je la. :p

Next destination, kami jalan-jalan ke Desa Dairy Farm kat area Kundasang. Ini antara tempat yang paling  kami nak pergi sebab ramai orang cakap tempat ni cantik bangat macam kat New Zealand. Lembu-lembunya pun jenis black & white macam lembu New Zealand. :D

Papan tanda masa mula-mula nak masuk ke Desa Dairy Farm. 

Jalan nak masuk adalah tak berapa nak ok. Berbatu kerikil gegar-gegar keta :p

Sebelum boleh masuk kena bayar admission fee RM3/person

Tiket masuk Desa Dairy Farm

Nampak tak  lembu-lembu New Zealand kat belakang tu? Gunung kat belakang tu Gunung Kinabalu :)

Ni pejabat operasi Desa Dairy Farm dan juga tempat susu-susu lembu diproses jadi air kotak susu lembu :)

Live show camne susu lembu dikotakkan :) Susu lembu ni eksklusif dijual kat sini je. Takde eksport keluar

Lepas dah puas sawan bergambar, tengok susu dikotakkan secara live dan minum susu, kami pun gerak-gerak khas nak pergi destinasi seterusnya. Tapi timing tak betul, time kami nak gerak tu la lembu berpusu-pusu masuk untuk proses pemerahan susu. So kami terpaksa mengalah dengan lembu yang banyak tu, tunggu je la diorang abis lalu tepi kereta kami. Syok dapat tengok lembu secara live dekat-dekat :D

Abang gembala lembu tengah kira lembu-lembu cukup tak :p

Seronok sangat dapat bertembung ngan lembu padahal bau-bauan dari lembu tu semua bole tahan bas jugak :p

Ramai orang bergambar kat batu ni termasuk la kami :D

Wawa, me + Along :)

Ok lepas setel beramah mesra dengan lembu-lembu, kami gerak-gerak khas ke Kinabalu Pine Resorts pulak. Resort ni cantik. Banyak pokok pine, agaknya sebab tu la nama dia cenggitu.

Kinabalu Pine Resorts

View from Block B, Kinabalu Pine Resort

Antara bunga-bunga cantik yang ada kat situ

Belakang tu Gunung Kinabalu diselaputi kabus :)

Tempat kami lunch :) Makanan not bad, environment sekeliling sangat cantik dan udara nyaman + sejuk :)

Then kami ke Poring Hot Spring. Satu tempat yang orang kata tak sah tak pergi kalau pergi Sabah. Basically tempat ni ialah tempat rekreasi untuk orang berendam dalam kolam air panas yang dah dibina proper untuk pengunjung2. Hajat di hati nak mandi, tapi sebab masa dah agak suntuk, kami main rendam-rendam kaki jek. :p

Entrance Poring Hot Spring. Kat sini ada lagi entrance fee RM3.00, tapi if dah ada tiket masuk Kinabalu Park tadi, bole guna tiket tu, tak perlu bayar lagi dah :)

Banyak tempat rekreasi kat Hot Spring ni tapi kami tak sempat nak pergi semua

Jambatan Sungai Mamut menuju ke kolam air panas

Sungai kat bawah jambatan tadi airnya panas sebab adanya batuan sulfur semulajadi yg dikatakan boleh menyegarkan badan :)

Ayat kat bawah tu menarik 

Ni tempat nak merendam satu badan. Kalau nak mandi bawak baju mandi siap-siap

Tempat khas untuk merendam kaki sahaja

Lepas main rendam-rendam kaki, kami tuju satu lagi destinasi kat area Ranau, Fish Spa Massage. Agak jauh jugak la tempat tu dari Hot Spring ni tapi xpe, bila lagi nak pergi lepas ni kan. Terpikir dalam kepala macam mana la rupanya ikan massage orang. :p

Entrance nak masuk ke Fish Massage. Masa kami sampai ni pukul 5.10 pm macam tu la. Tapi kat Sabah dah gelap macam pukul 6.00 pm kat Semenanjung

Kalau nak pergi tempat ni, ini nama tempatnya

Ikan-ikan yang nak sedia nk men'spa'kan kami..gile besar-besar semua. Ngeri nak masuk sungai mula-mula

Muka rilek ikan gigit-gigit kaki padahal geli hehe

Along & Wawa yang berannn giler hehe

Selepas setel main-main ngan ikan, kami gerak g tempat terakhir, Sabah Tea. Ingat nak tengok kebun teh + bole beli teh sabah murah kat situ, sekali dah tutup daa. Pukul 4.30 pm dah tutup untuk pengunjung. Sabah Tea ni dekat je dengan tempat Fish Massage tadi.

Sabah Tea - Amik gambar dari luar saja 

Hari pun dah makin gelap, kami pun buat keputusan balik ke rumah Iju kat KK. Konon-konon plan nak tido mana-mana resort or homestay area situ tapi since kami dah berjaya pergi hampir kesemua tempat yang kami plan, makanya kami pulang ke Cyber City saja la. :)


Sempat menyinggah dulu kat pasar sayur/buah on the way nak balik. Semua sayur segar-segar maklumla ditanam kat kawasan tanah tinggi.

Esoknya, flight kami ke KL pukul 5.30 pm. Pagi-pagi  kami keluar pergi Pasar Kraftangan / Pasar Filipina untuk shopping kali terakhir. Then setel balik umah packing siap2 dan terus pergi Kota Kinabalu International Airport (T2). Melepak tunggu flight sampai. Lebih kurang 7.40 pm kami selamat sampai di LCCT. Lepak makan-makan dulu di Kembangan Paradise, pastu terus gerak balik JB pulak. :)

Akhirnya, habis jugak cerita Cuti-cuti Malaysia ke Sabah kami! yeay!! \(^___^)/


 

Mrs. Bee : Book of Life II | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates