August 5, 2011

..:: Penyeri Luar Rumah ::..


Dulu kat umah aku ni pernah ada dua jenis pokok/sayur ditanam kat belakang umah. Pokok cili dengan sayur pucuk manis. Pokok cili tu officemate aku bagi dan sayur pucuk manis tu pulak amik dari rumah mak mertua ke rumah nenek aku eh. Tak ingat la. Tapi yang pasti dua-dua tu ditanam atas tanah. Tanah yang tak berapa nak subur sebab tanah tambak la katakan. Keras semacam. Tapi pokok-pokok tu hidup jugak. 

Pemandangan belakang umah, dengan tembok setinggi lutut (motif tembok renek tiba2?) 
Mok pun bole lompat -__-"


Pokok lada yang sempat la berbuah 5-6 round sebelum mati dicantas secara tak sengaja mesin pemotong rumput. Sadis.

Sayur pucuk manis yang tamat riwayat lepas kena pijak dengan anak member sampai patah. Sobs.

Pokok ketiga ada kat rumah aku sekarang, pokok aloevera. Tu pun mak mertua yang bagi. Kadang-kadang aku rajin aku amik lendir aloevera tu sapu-sapu kat parut. Encet lebah rajin siram bila balik keje. Kali ni biar dalam pasu je la. 

Pokok aloevera @ lidah buaya ihsan my MIL..Segamat mari..hehe

Aku teringin nak tanam pokok bunga banyak-banyak kat rumah. Buat penyeri. Tapi selalu terfikir takut takde masa nak amik kisah. Nanti mati. :p Semalam pergi pasar kejap beli barang-barang basah kat kipmart. Tergerak hati nak beli bunga. So, lepas letak barang-barang dapur dalam kereta, jalan kaki gi nursery. Tak berapa banyak sangat pokok bunga cantik. Tapi ada satu pokok bunga ni, sekali tengok terus rasa nak nak. Hehe. So beli. Hati suka. :)

Bunga kekwa warna pink lembut ~ RM10 sepasu :)

Banyak lagi yang belum kembang. Kalau semua dh kembang mesti meriah :D

Close-up ;)

Let's just wait and see sampai bila agaknya pokok-pokok ni bole survive :p

P/S : Hilangkan tension kena paksa buat taking off, buat entry pasal bunga. Sobs.



4 comments:

..:Sab:.. said...

wahhh sudah berbunga laa rumah dia... pink lagi... kita mcm tak pernah nampak la bunga kekwa kaler tu... maklum... bukan hati bunga2... ;p tp kan aloe vera tu tak yah siram selalu la..insyaAllah idup jek dia...
selamat berbunga!

Mrs. Bee said...

Haha..suka-suka je sab..boring tgok luar rumah tak berwarna..:p dah la cat luar umah pun warna dah buruk..

oh eh..aloevera tu tak yah siram selalu eh? oo..okies.. ;)

thanks! ^_^

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

chantek nye kaler kekwa tu nom..tapi kan, kalau tak salah aku, kekwa tu kene pindah ke pasu lebih besar..tanah pun kene lagi banyak..sempit2 tu susah die nak hidup nnt..then mcm mengganggu proses tumbesaran die..wah, aku ckp mcm ape je kan?hehehe...
tapi actually aku pun tak berani nak pindah2 bunga ni..sbb takut tak kene cara, mati kering jadi nye..hikhik

Mrs. Bee said...

Owh ye ke ainie? kalo cenggitu aku kena g cari pasu besor skit la..sbb pasu asal dia kecik sgt..bunga banyak..mmg sempit pun aku tgok bunga2 tu..berlaga2..

thanks for the tips eh ;) ko kan mmg penanam pokok2 kan..mesti la tau..aku baru nk berjinak2..hehe

 

Mrs. Bee : Book of Life II | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates