November 21, 2011

Taking Off Yang Menyeronokkan ;) (TDDMKA)


Hari ni mata bagai digam-gam. Macam la aku yang bawak keta smalam. Tak paham napa co-pilot pun nk sama sebok letih ngn driver. 

Hajat hati nk apdet pasal projek wiken baru ni. Jumpa saing2 + g kenduri kawen iza. Tapi terbantut sbb kena wat taking off tadi. Ada sket lg nk kena siapkan, take a break jap ah. Juling  mata tengok nombor kecik-kecik. Dah lama tak rasa wat taking off. Tapi ni apa la sangat nak banding dgn kegilaan menaking off kat HA dulu. Sampai muntah hijau. 

 lama tak wat keje2 taking off nih ;p

Mok x amik lagi kat jawhari. Malam ni la amik. Ada tokpek nk datang umah repair lampu jap g. 530 kena pantas pulang ke rumah. Janji ngn tokpek tu kul 6 pm. Malam amik itu budak hashemok.

 Hashemok tunggu saya datang amik kamu ini malam k! :)

Ayark!Dah 5.30! Chalomerabeti!

Mrs Bee kata : Semoga Harimau Malaya menang lawan Garuda ini malam! \(^_^)/

November 18, 2011

Projek Weekend Ini


 Source : Mr Google

Duduk jauh-jauh bila dah berkahwin bukanlah suatu benda yg best. Apatah lagi bila membayangkan kesiannya encet lebah kena makan + tido + buat keje umah + gosok baju sume sendiri. Terasa macam tak berfungsi penuh sebagai seorang isteri pulak kadang2. 

Malam ni encet lebah balik kuantan. Yeay! Sebab esok nk gerak g KL sama2 : ) Hari ahad kenduri kawen kawan skolah kami, Iza @ Onie. Wajib pergi. Masa kenduri kami, iza siap ada time kami nikah dan hari sanding. Iza ni dah nikah 11.11.11 aritu. Nice date kan? :) Hari ahad ni, 20hb 11 kenduri besarnya kat TTDI.

 Iza @ Onie yg cantik manis :)
~Gambar ehsan fesbuk pengantin ;)

Erm esok insyaAllah proses pindah umah sewa baru pulak. Tapi aku xde pulak nk tolong. Kenapa nk pindah? Hehe. Itu aku cite lain kali. Banyak kisah angker kat umh sekarang ni. Kehkeh. Tak percaya? Meh try tido umh aku sekali, mau? ;)

 View waktu senja dari umah sewa baru :)

Ini malam kena hantar si Mok ke asrama kucing. Boarding kt Klinik Jawhari. Itu la klinik yang terbaik kt Kuantan ni. Charge boarding perday adalah jauh gile beza dgn kat JB, RM18/day sedangkan kt JB RM10/day jek. Gile bukan? Tapi nk buat mcm mana. Sini tak banyak choice pet shop. Sebab tu bole letak harga tinggi2 sebab dia tau org xde choice.

 Pernah terbayang macam mana rupa kucing ada rambut x?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Tada! Comel tak mok ada rambut? Hahaha


Mrs Bee kata : Oh cepatlah malam. Saya mau jumpa chenta hati saya! ;)


November 16, 2011

Mrs Bee is Back! ;)


Pompuan gomok di lombong :p

Wahh lamanya x berblog weh..siap aku hampir lupa apa password blog ni tadi..haha..parah2..dari lepas raya sampai sekarang takde suap apa2 kat blog ni..uih..lamanya..ni semua sbb lappy aku rosak..keje kt opis baru lak lambat dpt pc..smalam baru dpt..dah salah guna arini..haha..hrp2 cctv x nampak aktiviti aku ni..

Itu gambar kt atas tu xde kena mengena dgn keje aku skarang. Tu tempat keje yg aku sempat keje seminggu jek sblom keje kt opis skarang ni..haha..ah kalo nak cite mmg panjang.lenkali je la cite.hehe.yang penting skang aku hepi kt opis ni. harap2 hepi berterusan.Aminn  :)

Opis aku skarang merangkap mantan opis aku before kawen :)

Cuma yg x besnya, skang ni aku PJJ ngn encet lebah. Tu pun aku malas nk cite panjang2. Aku cuma berdoa cepatla kami duk bersama semula. Rasa mcm tak complete hidup aku bila encet lebah takde. Kurang normal skit life bila duk jauh2 ni. Sobs. Tapi nk buat mcm mana. Kami hanya merancang. Tuhan jua yang menentukan bukan? :) So, redha sajalah dgn ujian ini.

Rindu dia yg berbaju putih itu. Sobs.

Mok pulak makin berat + gomok. Hari tu dia keracunan sbb termakan rumput beracun. Nangis x berlagu. Huwaaa..tapi alhamdulillah. Cepat anta ke klinik. Warded sehari dan skarang dh bole melompat2 ceria macam dulukala. Legaaa :D Owh masa kt klinik tu, dok timbang berat dia. 3.35 kg dah. Herm..dulu kt JB, 3 kg..dukung lama2 pun rasa lenguh..hehe..


Hashemok bergulung dalam selimut wany yang dh jadi milik dia :p

Bila duk dekat ngn family ni, selalu la jumpa diorang. Wany slalu tido umh aku. Dia pun dah mula berjinak2 nak pakai tudung. Kalau keluar ngn aku and akak, selalu request nk pakai tudung. Alhamdulillah. Harap bole jadi titik permulaan nak pakai tudung terus nanti. :)

Nak pakai tudung macam gemuk katanya

Qisya si dompot yg smakin dompot pun slalu bole jumpa. :) Dah semakin berat. Mulut bole cakap mamamama..papapapa..kdg2 dgr mcm abah..hehe..tak sabar nk tunggu dia bole bercakap. Mesti becok macam mak su wany dia.

Anak sedara saya si dompot Qisya Azra :)

Aktiviti coklat skang masih berjalan, cuma slow motion skit. Tempahan masih dibuka. Cuma blog coklat je tak berusik kehkeh. Sama la nasib ngn blog ni. Takpe. Mau edit gambar dulu, nanti baru apdet itu blog hehe.

Projek coklat special utk wedding yabeet bulan 9 aritu. Later will be updated tp ntah bila gamaknya hehe

Banyak lg benda nk cite, tp nanti la sambung. Kang cite semua takde lak modal utk sok lusa hehe. Apepun, pada yg tanya bila aku nk update blog tu, mekasih la. Terharu mak noks. Tak sangka ada gak org kisah kehkeh.

Bye bye all! ;)
 

Mrs. Bee : Book of Life II | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates