February 10, 2012

Audit Sirim Setel! Yeay! ;)

Dah habis! Yeay! ;) Zero NCR! Double yeayyy!! ;D


Boss & staff2 bergambar kenang-kenangan dengan auditor ISO dari SIRIM :)



February 3, 2012

Longggg Weekend! ;)

Picture source : Here 

Esok orang Pahang dah start cuti sampai ari senin..negeri2 yang dapat sambung cuti sampai hari selasa sebab Thaipusam tu lagi syok eh..;p Tapi xpe..dapat cuti sampai senin tu pun aku dh kira bersyukur sangat2..tadi ada opismet aku Chinese cakap, senin ni hari Chap Goh Meh..dia kata hari tu hari Valentine orang Cina..baru aku tau hehe..diorang yang nk dapat jodoh akan baling limau ke laut yang dah ditulis no tepon siap2 atas limau tu..kalo bernasib baik bertemu jodoh dengan orang yang jumpa limau tu :)

Aku nak siap2 balik umah, kejap lagi encet lebah dah nak sampai..:D Korang semua selamat bercuti-cuti yek dan berhati2 di jalan raya ;) 

Mrs Bee kata : Gambar hiasan kat atas tu lokasi hanimun kali ke patblas the lebahs ---> Endau Beach Resort bersama2 geng2 bas sekolah IT Department PTP esok sampai senin..weeehuu!! ;) 


February 2, 2012

Sayang Tuan Cakar-cakarkan


Dah lama x cite pasal anak dara sorang ni. Lepas dah dikahwinkan aritu, dah kurang sikit kemiangan dia. Makin manja, dan makin kuat gigit. Tangan, kaki adalah bahan gigitan biasa. Seb baik kucing sndiri, kucing orang lain mungkin melayang tersepak or tertempeleng hehe.


Suka take over bantal dan selimut tuan

Ni sebelum kahwin. Sangat la garang marah2 kucing kecik kat bawah sangkar dia. Sian kecik tu, dh lama dia x datang umah. Takut ngn mok agaknya -___-"

Si kecik yang ketakutan. Sedih je muka

Suka lepak dalam cage dia walaupun x disuruh 

Tido kepala beralaskan selipar sambil muka senyum :)

Gaya tido seperti siput ;p

Ini aksi tido x muat sangkar

Teman tuan buat coklat sambil duduk dalam besen 

Boring duk dalam besen baring tepi oven pulak :p

Gambar2 mok ni even tengok banyak kali pun aku x boring. Ye la sebab sayang kan. Sayang sampai kalau dia cakar + gigit, aku marah2 dia, jentik telinga skit, pastu kurung dalam bilik kejap konon2 grounded la tapi x sampai 5 minit aku dah bukak pintu balik. Kesian. ;p

Antara hasil seni cakaran mok di tangan ku. Time nak sabun masa mandi, pedihh :`( 

January 31, 2012

Qisya Azra is One! ;)


HAPPY 1ST BIRTHDAY MY LOVELY NIECE, QISYA AZRA! ;)


January 26, 2012

Ex-boyfriend of Mine




Antara benda-benda simple yang boleh buat aku senyum, dan jatuh cinta lagi dengan orang yang sama :)





Not So Little Sister Anymore ;)


Happy 10th Birthday Wany :)

Semalam, 25hb Jan 2012 birthday adik kesayangan saya, Wany yang ke-10 ;) Sempena birthday Wany, mak aku ada wat party kanak-kanak riang kat umah nenek aku Sabtu ni. Jemput la datang sapa-sapa yang free tu, bole makan cake & cupcake mak aku wat. :D



Kad jemputan birthday party Wany & Qisya Azra sabtu ni , 28hb Jan 2011 ;)

Birthday party ni actually buat untuk 2 orang sekaligus, wany & anak sedara aku, Qisya (Nama pada kad tu salah, Qisya sepatutnya, bukan Isya ;p) Qisya akan masuk umur setahun 31hb Jan 2012 ni. So ni kira sekaligus la celebration untuk January babies :)


Inilah my other buah hati, si dompot Qisya Azra :)


Birthday cake wany semalam yang mak aku buat khas untuk wany the birthday girl :) 
Buat together2 dengan wany

Abah + Wany + Ma ;)

Walaupun wany dah masuk 10 tahun, dia tetap 'Baby' dalam keluarga kami hehe. Gemuk doakan baby dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa, rezeki dimurahkan selalu dan berjaya dalam hidup..belajar rajin2 smpai dapat jadik doktor haiwan, cita2 baby tu okies :) Aminn.


January 16, 2012

Age Issue

Winter 30th Birthday Cake with Snowflakes
Nak kek macam ni birthday yg ke-30 nanti bole? :D (Encet lebah sila take note ya)

Era 20-an dah hampir berakhir. Eceh x nak mengaku lagi tu dah masuk era 30-an. Eh selagi x cecah tarikh lahir aku, aku still 29, x kira. Hehe. Bagi la aku can menikmati saat-saat akhir 20-an ni. Lepas ni dah x bole putar balik dah ;)

Bercakap pasal umur, aku ada satu masalah dengan one of my colleague yang aku rasa mempunyai masalah. Masalah macam mana? Erm pada hemat aku, ia sejenis masalah 'sukar menerima kenyataan' dan juga 'perasan' atau orang kuantan panggil 'koya'.

Napa aku cakap dia mcm tu? Sebabnya, umur dia tua daripada aku. Tapi,dia panggil aku 'KAK'. T_T 

Seriously, aku blur kenapa dia panggil aku kak. Padahal masa aku mula2 masuk keje sini, dia panggil aku dengan nama je. Dalam 2 minggu lepas tu, dia panggil aku 'Kak Liza' (Sebenarnya lebih kepada loghat kuantan/pekan - KOK LIZA) +___+ 

Apakah?? Aku mmg dah sedia maklum dia tua pada aku. Mula2 aku bole tahan lagi, aku layankan aja,tapi lama2 aku rasa jengkel. Aku buat bodo je bila dia panggil aku. Tapi, insan itu jenis tak reti bahasa, bila aku buat bodo je, dia panggil aku dgn panggilan yang menjengkelkan tu, sambil pegang & goyang2kan tangan aku. Gila.

Actually ada sorang lagi budak engineer ni dia dipanggil KAK jugak oleh perempuan perasan muda tu padahal budak engineer tu lagi muda dari aku. : | So kami pernah diskas hal ni dan x jumpa jawapan yang munasabah kenapa perempuan gila tu panggil kami KAK sedangkan kami lebih muda dari dia.

Satu hari, aku dapat tau jawapan dia dari seorang akak opis yang pergi tanya dia sendiri pasal issue ni. Perempuan itu cakap dia panggil kami kak sebab..KAMI DAH BERKAHWIN, dan dia masih bujang.. T_____T

Logik ke???????? Aaaa..tension betul aku. Abis tu kalau umur aku 20 pastu aku dah berkahwin, ko nak panggil aku KAK jugak ke? Bengap. 

Susah orang tak bole terima kenyataan yang dia dah KERTU, perasan MUDA ni. Aku kasihan pada ko. Serius punya kasihan ni. Nak bagi org nampak dia MUDA, HOT la tu bila org tgok dia panggil kami KAK,sebab otomatik org ingt dia ADIK2 lagi, padahalll.....

Kasihan. Aku bukan nk cakap apa, tengok kedut kat muka ko pun org tau ko lagi tua dari aku.

LOSER!

January 13, 2012

Entry Pukal Pertama 2012 ;)


Hello! ;) Miss me? Kehkeh..perasan lebih. Hari ni rasa terbukak pintu hati nak update blog sebab ada member lama sorang ni tegur dah lama tak apdet blog. Bila ingat-ingat balik, aah eh, taun 2012 ni takde update pun lagi walau satu post. Bole selit dalam azam 2012 ni, update blog seminggu sekali. Bole caya ke? ;p Mestilah tak..haha..Xpe la ni aku buat entry pukal apa yang dah jadi dalam hidup makcet lebah ni sepanjang ujung2 taun 2011, tapi dalam bentuk karangan bergambar. ;)

Aritu jalan-jalan kat East Coast Mall ngn wany, tetiba ternampak booth Sister's Crispy Popiah. Masa kat JB, akak opis yg perkenalkan popiah sedap ni. Dia ada jual kat Angsana. So, excited nak beli :D Popiah kat ECM Kuantan ni sama sedap cuma aku pelik napa popia dia kaler hijau ;p 

9/10/11 aritu adik ipar aku merangkap adik lelaki encet lebah bertunang dgn orang Kuala Selangor. Coklat hantaran ni kami sponsor, tapi hiasan2 + bakul untuk hantaran tu my SIL, kak Nani yang buat ;) 

My BIL, Arul & tunangnya yg comey ;)

Ini pesanan khidmat masyarakat dari Wany, khas untuk orang2 yang hisap rokok. ;p Dia tampal kat peti ais umah mak.

Ni pemandangan waktu senja sebahagian bandar Kuantan dari atas Jambatan Tanjung Lumpur :) Kalau datang Kuantan, jgn lupa pergi area Tanjung Lumpur sbb situ banyak kedai makan seafood - Antara kedai yang glamour ~ Ana Ikan Bakar Petai, Santai, Nara Seafood etc

 Keji tak tunjuk gambar makanan yang dh licin jek? Hehe..ni aku nak tunjuk betapa sedapnya makanan dekat Mokna, Tanjung Lumpur ni. Kalau encet lebah balik dan berkesempatan, mesti kami gi sini. Antara makanan dia yang sedap ~ sotong sumbat pulut kuah santan (favourite encet lebah ni), ikan goreng celup tepung cicah lada, sata, otak-otak, laksam (recommended! ;) ) Kalau turun Kuantan, carilah Mokna ni k ;)

Kat area Taman Esplanade or nama lama dia org kuantan panggil benteng jek, dah ada org jual2 macam kat uptown. Sepanjang2 tepi sungai kuantan tu, macam2 benda ada dijual :) Tapi skarang musim hujan kt sini, x berapa syok nk kuar jalan malam2 ;p 

Zaman2 duk shah alam dulu, lepas kenal encet lebah baru tau wujudnya Restoran Gembira kat Sek 3 kalau x silap. Dekat dgn McD yang besar kat Sek 2 tu. Wiken slalu dgn x mandinya (gosok gigi jek keke) pegi dating kat situ makan nasik lemak gembira + nes tarik..owhh..heaven sungguhh..sambil tatap plak muka bf tak mandi lagi..lagi la heavenn rasanya..kehkeh..gambar kat atas ni amik masa g shah alam masa iza kawen 111111 aritu ;) 

View dari dalam pantry opis sekarang :) Blakang tu utan semambu kalau x silap aku. Opis ni sokmo sejuk jek sebab dekat dgn hutan yang tebal. Opis sini bes sbb walaupun masuk keje 8.30, tapi ada masa makan 1/2 jam bos bagi dari 8.30 - 9.00 a.m :) Skarang lagi best sebab last week HR announce, opis cuti setiap hari sabtu minggu 1st  & 3rd. Alhamdulillah :)

Teka budak laki berlesung pipit ini anak sapa? ;) Inilah hero si An, Irfaan. Kami berdating kat Pizza ECM, ntah bila aku x ingat. Jalan2 jumpa An ngn familynya kat Pizza. Kakak an belanja :)

Inila mama irfaan, si an :) Kawan lama masa kt Uitm Shah Alam..sama2 geng QS 

Ini banglo 3 tingkat khas untuk Mok :) Tingkat 1 untuk buang air besar/kecik dalam litter box pink tu. Tingkat 2 aku letak makanan + air. Tingkat atas sekali untuk dia beradu. :) Aku letak dia dalam sangkar ni time aku g keje je. Balik keje masuk dalam umah balik.

Dah panjang kot entry pukal aku kali ni. Nanti la sambung lagi ;)

 

Mrs. Bee : Book of Life II | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates