January 16, 2012

Age Issue

Winter 30th Birthday Cake with Snowflakes
Nak kek macam ni birthday yg ke-30 nanti bole? :D (Encet lebah sila take note ya)

Era 20-an dah hampir berakhir. Eceh x nak mengaku lagi tu dah masuk era 30-an. Eh selagi x cecah tarikh lahir aku, aku still 29, x kira. Hehe. Bagi la aku can menikmati saat-saat akhir 20-an ni. Lepas ni dah x bole putar balik dah ;)

Bercakap pasal umur, aku ada satu masalah dengan one of my colleague yang aku rasa mempunyai masalah. Masalah macam mana? Erm pada hemat aku, ia sejenis masalah 'sukar menerima kenyataan' dan juga 'perasan' atau orang kuantan panggil 'koya'.

Napa aku cakap dia mcm tu? Sebabnya, umur dia tua daripada aku. Tapi,dia panggil aku 'KAK'. T_T 

Seriously, aku blur kenapa dia panggil aku kak. Padahal masa aku mula2 masuk keje sini, dia panggil aku dengan nama je. Dalam 2 minggu lepas tu, dia panggil aku 'Kak Liza' (Sebenarnya lebih kepada loghat kuantan/pekan - KOK LIZA) +___+ 

Apakah?? Aku mmg dah sedia maklum dia tua pada aku. Mula2 aku bole tahan lagi, aku layankan aja,tapi lama2 aku rasa jengkel. Aku buat bodo je bila dia panggil aku. Tapi, insan itu jenis tak reti bahasa, bila aku buat bodo je, dia panggil aku dgn panggilan yang menjengkelkan tu, sambil pegang & goyang2kan tangan aku. Gila.

Actually ada sorang lagi budak engineer ni dia dipanggil KAK jugak oleh perempuan perasan muda tu padahal budak engineer tu lagi muda dari aku. : | So kami pernah diskas hal ni dan x jumpa jawapan yang munasabah kenapa perempuan gila tu panggil kami KAK sedangkan kami lebih muda dari dia.

Satu hari, aku dapat tau jawapan dia dari seorang akak opis yang pergi tanya dia sendiri pasal issue ni. Perempuan itu cakap dia panggil kami kak sebab..KAMI DAH BERKAHWIN, dan dia masih bujang.. T_____T

Logik ke???????? Aaaa..tension betul aku. Abis tu kalau umur aku 20 pastu aku dah berkahwin, ko nak panggil aku KAK jugak ke? Bengap. 

Susah orang tak bole terima kenyataan yang dia dah KERTU, perasan MUDA ni. Aku kasihan pada ko. Serius punya kasihan ni. Nak bagi org nampak dia MUDA, HOT la tu bila org tgok dia panggil kami KAK,sebab otomatik org ingt dia ADIK2 lagi, padahalll.....

Kasihan. Aku bukan nk cakap apa, tengok kedut kat muka ko pun org tau ko lagi tua dari aku.

LOSER!

5 comments:

lydzar said...

noma, kt opis aku pon ada orang gini. tp yg kt opis ni dia pilih2..ada certain dia pilih nak panggil kakak, ada certain dia pilih suruh orang panggil dia kakak. padahal sepatutnya dia lebih muda/tua dari orang tu.. yg mcm ni pon pening kan! sesuka hati dia je..

Mrs. Bee said...

Ish opismet ko tu lagi complicated..haha..bole main pilih2 pulak sapa kakak sapa adik..haha..lawak plak rasa..

Orang mcm ni x tau nk ckp mcm mana kn liza?Mmg aku slalu pening & annoying dgn opismet aku tu.. :p

Dah lama bersabar ni..hehe..ikut x sabar dah lama tgn naik kt pipi dia..hehehe

Noly said...

Kelako la noma opismate ko...

Kalau gitu aku panggil ko kak la sbb aku muda setahun dr ko...hahaha..ko nk x???

Kalau aku mmg x kose ler jnji sama-sama hormat...gelaran2 nie kadang2 membataskan pergaulan...

ida said...

tak payahla ber kak-kak sgt kan..

Panggil nama kan lagi mesra..

Alasan kwn noma tu mmg xblh pakai la..

Dia kena belajar lagi tu...kurang ilmu alam -tetiba..

auni mimi said...

hahaha kelako lah opismate ko tu.kan tak pasal2 noma meroyan.hehehe

 

Mrs. Bee : Book of Life II | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates